Wartawan fesyen ugut polis guna nama bapa, PM lepas dituduh tak bayar upah gunting rambut


  • Benua
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Tangkap layar wanita tersebut memarahi pihak polis yang cuba untuk membawanya keluar.

SEBUAH video tular memaparkan seorang wartawan 'fesyen' ditangkap oleh pihak polis selepas didakwa berkelakuan buruk dengan pihak berkuasa Gurugram, New Delhi, India.

Kejadian yang berlaku di kafe buku di Gurugam itu menyaksikan Aanchal Sukhija Khan mengamuk dan menengking pegawai polis sehingga kelakuannya itu mendapat perhatian orang ramai.

Walaupun polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi dalam kes itu, sumber mendakwa wanita itu menimbulkan kekecohan selepas dituduh tidak membayar RM749.00 di sebuah kedai gunting rambut.

Sewaktu dia berada di kafe buku itu, polis termasuk beberapa kakitangan wanita menghampirinya untuk bertanya mengenai dakwaan dia tidak membayar kedai gunting rambut tersebut.

Wanita berkenaan mencabar pihak polis jika mereka berani untuk menangkapnya, selain dia juga mengugut akan memanggilnya jika pihak berkuasa berbuat sesuatu.

Daripada ucapan kedengarannya ayat berbunyi, 'jika bapa saya datang..' dan 'saya perdana menteri..', seperti cubaan mengugut polis.

Polis kemudiannya menahannya sambil membawanya keluar dari tempat itu.

Dalam rakaman itu juga menunjukkan rakan wanita tersebut dilihat cuba untuk menghalang pihak berkuasa tetapi dihalang oleh salah seorang anggota polis.

Susulan video tular itu, ramai warganet mendakwa wanita itu sering mencetuskan pergaduhan sedemikian di pelbagai kedai.

Ramai menyiarkan video lama wanita itu yang mendakwa bahawa dia sebelum ini pernah terlibat mengambil bahagian dalam protes anti pindaan kerakyatan (CAA) pada tahun 2020.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram