Hanya kerana tumpahkan nasi, bapa 83 tahun parah dipukul anak positif syabu


  • Benua
  • Rabu, 04 Jan 2023

Hasil siasatan awal dan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

SEORANG lelaki tergamak memukul ayahnya sendiri sehingga cedera parah gara-gara menumpahkan nasi di atas lantai pada Isnin lalu.

Perbuatan tidak berhati perut dilakukan suspek, SG di rumah mereka yang terletak di wilayah Pekojan, Tambora, Jakarta Barat dekat Indonesia.

Ketua Polis Tambora Kompol, Putra Pratama berkata, pada waktu kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai DT, 83 tahun meminta untuk makan malam namun dihalang oleh suspek.

"Suspek, 48 tahun kemudiannya bertindak menenking mangsa sehingga menyebabkan mangsa terkejut lalu menumpahkan nasi di lantai.

"Melihat keadaan tersebut, suspek menjadi berang dan terus memukul mangsa di kepala dan badan sehingga mangsa terjatuh," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Putra Pratama lagi, hasil siasatan awal dan saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

"Suspek kini sudah berada dalam tahanan polis dan mangsa juga sudah mendapatkan rawatan di Hospital Tarakan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram