[VIDEO] Lelaki bogel hampir maut terjatuh dari landasan


  • Benua
  • Isnin, 02 Jan 2023

Tangkap layar insiden lelaki itu membuat aksi menempah maut.

SEORANG lelaki hampir menempah maut apabila bergayut dengan sebelah tangan di sebuah stesen kereta api bertingkat tanpa seurat benang.

Menerusi video tular, lelaki itu pada mulanya dilihat bergayut di luar landasan kereta api itu yang terletak di Jalan Wetchester dan Metropolitan di Bronx, New York, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Tidak beberapa lama kemudian, lelaki tersebut terjatuh ke atas tanah ketika kereta api perlahan-lahan menghampirinya.

Sejurus sahaja lelaki berkenaan terjatuh, seorang remaja yang berada di tempat kejadian kelihatan terkejut dan berlari ke arah pemuda itu.

Kejadian tersebut turut disaksikan oleh beberapa orang awam yang berada di sekitar tempat kejadian dan mereka sempat merakamnya.

“Tengok lelaki ini. Dia membuat tindakan bodoh.

"Dia jatuh. Dia jatuh. Dia terjatuh,” kedengaran suara dari perakam video tersebut sambil memandang ke arah lelaki berkenaan.

Saksi di tempat kejadian juga mengambil tindakan pantas untuk melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis.

Polis New York (NYPD) mengesahkan kejadian yang berlaku pada 23 Disember itu dan berkata, bahawa mangsa berusia dalam lingkungan 20-an.

Tambah pihak berkuasa, lelaki tersebut juga berada dalam keadaan sedar semasa kejadian dan kini selepas itu dia dibawa ke Hospital Jacobi.

Bagaimanapun motif lelaki berkenan berbuat demikian masih belum dapat dipastikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram