SEORANG wakil rakyat di daerah Kaur, Indonesia, Herlian Muchrim terputus dua jari pada malam sambutan tahun baharu pada tengah malam Ahad.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam ketika Herlian dijemput untuk bersama-sama bermain mercun bunga api di atas pentas.
Menerusi video tular di media sosial, pada awalnya mercun tersebut menyala dengan baik dan selepas kira-kira tiga das letupan, mercun tersebut tiba-tiba meletup di tangannya.
Kesan letupan itu juga difahamkan mengakibatkan Herlian terputus dua jari dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kaur yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.
Sementara itu, Pegawai Perhubungannya, M Jarwani berkata, insiden itu memang benar-benar berlaku dan telah ditangani oleh pasukan penyelamat.
Tambahnya, Herlian juga akan menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram