SEORANG kanak-kanak di Queensland, Australia menjadi sensasi media sosial selepas video rakaman menunjukkan dia terperangkap di dalam mesin mainan patung arked tular di internet, lapor New York Post pada Rabu.
Poppy Pearson yang berusia empat tahun terlebih dulu dilaporkan masuk ke dalam mesin mainan tersebut selepas mengikuti arahan kakaknya, Savannah, yang cuba mencuri patung beruang dari dalam mesin tersebut.
Ibu mereka, Melanie Pike dan pasangannya, Brett Pearson memberitahu akhbar Daily Mail Australia bahawa mereka tidak dapat menahan diri daripada ketawa melihatkan aksi lucu Poppy.
“Brett ialah seorang tukang kayu, jadi saya tahu dia boleh mengeluarkan Poppy. Sebab itu, kami tidak panik.
“Dia memang seorang hero. Saya hanya ketawa dan terus merakam video itu,” kata Melanie.
Tambahnya, sejak video tersebut tular di media sosial, Poppy telah menjadi ‘selebriti segera’ dan dikenali ramai orang.
“Dia memberitahu rakan-rakannya bahawa dia sudah popular sekarang,” kata Melanie. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram