[VIDEO] Kecoh penumpang, pramugari tengking menengking gara-gara sandwich dalam pesawat


  • Benua
  • Jumaat, 23 Dis 2022

Tangkap layar video pramugari tersebut ditenangkan seorang rakan sejawatnya.

SEORANG pramugari syarikat penerbangan tambang murah dari India, IndiGo dirakam menengking penumpang ketika penerbangan baru-baru ini, lapor New York Post.

Insiden terbabit berlaku selepas individu berkenaan dikatakan memarahi rakan sekerjanya hingga membuatkan wanita itu menangis.

Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, pramugari tersebut berkata: “Jangan menuding jari ke arah saya dan menengking saya. Kru saya menangis disebabkan anda.”

Pertengkaran itu dikatakan bermula apabila penumpang lelaki tersebut meminta sandwich yang mana dia kemudiannya diberitahu seorang pramugari untuk memeriksa sekiranya terdapat menu seperti diminta sebelum menengking kru penerbangan tersebut.

“Cuba faham situasi kami. Terdapat troli dan makanan yang sudah tersedia (di dalam pesawat). Kami hanya boleh menghidangkan apa yang ada (dalam pesawat),” kata pramugari tersebut.

Penumpang tersebut kemudian berkata: “Mengapa anda menengking?”

Pramugari itu kemudian membalas: “Kerana anda menengking kami, saya minta maaf tetapi anda tidak boleh bercakap dengan kru kami begitu.

"Saya mendengar kata-kata anda dengan tenang dan dengan penuh hormat, jadi anda perlu menghormati kami juga,” jawab pramugari tersebut.

Penumpang berkenaan kemudian menengking semula pramugari tersebut dan mengarahkannya agar diam.

“Anda yang perlu diam, maafkan saya tetapi anda tidak boleh bercakap begitu.

"Saya seorang kakitangan dan bukannya orang gaji anda,” kata pramugari tersebut.

Pertengkaran itu berakhir apabila pramugari berkenaan memakai pelitup muka dan berlalu dari tempat duduk penumpang terbabit.

Sementara itu, seorang jurucakap IndiGo berkata, isu tersebut berlaku disebabkan oleh menu yang dipesan oleh penumpang yang menaiki penerbangan itu menerusi jaringan perkongsian kod.

“Kami menyedari insiden yang berlaku dalam penerbangan 6E 12 dari Istanbul ke New Delhi pada 16 Disember 2022.

“Kami sedang menyiasat insiden itu dan akan sentiasa memastikan keselesaan penumpang sebagai keutamaan kami,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram