[VIDEO] Padah panggil isteri orang pelacur, lelaki maut dilempar batu


  • Benua
  • Khamis, 22 Dis 2022

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan. — Agensi

PADAH menghina isteri orang sebagai pelacur, seorang lelaki maut selepas dilempar batu pada Rabu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah daerah dekat Medan, Indonesia.

Menurut Unit Siasatan Jenayah, Iptu J Simamora, suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut sudah ditahan Alfred Mayer Sitohang.

Suspek berusia 29 tahun ditahan di rumahnya yang beralamat di Jalan Mapelindo, Medan beberapa jam selepas kejadian," katanya memetik laporan media antarabangsa metroindo.

Jelas Simamora, kejadian tercetus apabila mangsa, Joni Pranata Simanjuntak menghina isteri suspek sebagai seorang pelacur.

"Alfred marah apabila Joni mengejek isterinya sebagai 'kupu-kupu malam'. Sakit hati dengan perkataan yang digunakan oleh mangsa, suspek terus menumbuk mangsa sebelum dia mengambil dan melempar batu besar ke muka mangsa.

"Impak daripada lemparan batu tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecedaraan parah di kepala.

"Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dihantar ke Hospital Muhammadiyah oleh orang awam.

"Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital," katanya.

Namun nasib suspek tidak dapat diketahui sama ada telah ditahan untuk siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram