[VIDEO] 'Kalau betul-betul tak boleh jalan padan muka', kantoi pengemis pura-pura cacat setiap kali mula 'bekerja'


  • Benua
  • Selasa, 20 Dis 2022

Tangkap layar lelaki tersebut mengesot untuk mendapat belas kasihan masyrakat sekeliling. — Agensi

TINDAKAN seorang pengemis di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia menjadi perhatian warganet di media sosial selepas tertangkap berpura-pura lumpuh dan tidak boleh berjalan demi mendapat belas kasihan masyarakat sekeliling.

Modus operandinya untuk mendapatkan wang itu telah dirakam oleh pengguna Instagram @andreli_48 pada Isnin yang mana menunjukkan seorang pengemis berpakaian biru dan berseluar jeans panjang serta membawa beg berjalan seperti biasa.

"Lelaki yang sering mendapat belas kasihan penduduk kerana hanya mengesot untuk bergerak, hari ini penduduk sempat merakam pengemis itu boleh berdiri dan berjalan seperti biasa. Walaupun ia seperti menunjukkan usahanya namun tindakan itu tidak boleh ditiru...!!!,” tulis pemilik akaun itu dalam keterangan muat naik video itu.

Dalam video berdurasi 27 saat itu, kelihatan seorang lelaki berjalan seperti biasa dari kampung ke jalan utama.

Bagaimanapun, setibanya di tepi jalan, pengemis itu duduk dan berpura-pura mengesot untuk menarik perhatian orang ramai.

Seorang lelaki yang merakam kejadian itu terkejut dengan tindakan yang dilakukan lelaki tersebut.

"Ternyata dia boleh berjalan, jika anda boleh berjalan mengapa anda perlu menyeret kaki," kata lelaki itu.

Sejurus selepas tular, ramai warganet turut memberi maklum balas mengenainya seperti tidak menyangka masih ada pengemis sanggup menipu demi mendapatkan wang ringgit dan terdapat juga orang ramai mendoakannya menjadi cacat.

"Memang begitu modus operandinya. Kalau dia dah berdiri dan berjalan secara normal, itu tandanya dia sudah habis waktu bekerja," komen pengguna akaun, penahankendali.

"Ya ALLAH, tidak bersyukur dengan kesihatan yang ada. Kalau betul-betul tidak boleh berjalan nanti, padan muka," tulis pengguna akaun, ozora.twinz1. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram