Pengsan di kedalaman 5 meter saluran pembentungan, 3 warga asing mati terhidu gas beracun


  • 112
  • Isnin, 19 Dis 2022

Ketiga-tiga mangsa difahamkan terpaksa dikeluarkan selepas tersekat dalam pembetung dengan kedalaman lima meter.

JABATAN Bomba dan Penyelamat Cyberjaya mengeluarkan tiga mayat warga asing yang difahamkan lemas ketika kerja-kerja pemasangan kabel di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, Selangor.

Jurucakapnya berkata, laporan awal mendapati kesemuanya pengsan di dalam lubang pembetung pada kedalaman lima meter sebelum terhidu gas beracun atau akibat kekurangan oksigen.

"Tiga mangsa merupakan lelaki berumur lingkungan 30-an itu dipercayai pengsan ketika menjalankan kerja pemasangan kabel dalam saluran pembetungan yang berkedalaman lima meter," katanya.

WhatsApp Image 2022-12-19 at 18.50.44

Antara mangsa yang berjaya dibawa keluar pihak bomba.

Pasukan bomba yang tiba pukul 3.24 petang tadi telah mengeluarkan kesemua mangsa dan ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan.

Kesemua mangsa akan diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Serdang, Selangor untuk proses bedah siasat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram