[VIDEO] Lepas ludah, pijak sajian acara keagamaan, sekumpulan pelajar diserang histeria


  • Benua
  • Selasa, 13 Dis 2022

Tangkap layar keadaan sekumpulan pelajar itu ditenangkan oleh guru sekolah mereka.

BANYAK sebab orang tua-tua berpesan termasuk sentiasa berhati-hati dan menjaga sikap apabila berada di tempat baharu bagi mengelak perkara buruk daripada terjadi.

Pesanan sebegitu rupa juga sebenarnya menyarankan agar seseorang individu itu untuk sentiasa menghormati adat tempatan dan menjaga ketenteraman di tempat yang dilawati tersebut.

Seperti video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar yang berada dalam lawatan sambil belajar ke Bali secara tiba-tiba diserang histeria sehingga menyebabkan mereka kerasukan beramai-ramai.

Menerusi video yang tersebar, lokasi sekumpulan pelajar yang dirasuk itu berada di tempat letak kereta pusat cenderahati di Gianyar, Bali pada Isnin.

Daripada penerangan pemilik video berkenaan, penduduk yang berada di lokasi memberitahu bahawa para pelajar tersebut dicari oleh 'due' iaitu 'penghuni' dari kuil Tanah Lot dan Penglipuran.

Difahamkan faktor situasi berkenaan berlaku adalah disebabkan sekumpulan pelajar itu sudah melakukan tindakan yang tidak wajar.

Sebahagian daripada pelajar itu mengambil barang berupa kerang dan dibuang di kawasan Batubulan.

Selain itu, terdapat juga pelajar yang memijak sesaji (sajian ataupun hidangan yang dipersembahkan di atas talam dan diletakkan makanan, bunga sebagai simbol persembahan dalam acara kegamaan) dan meludahnya dengan sengaja.

Bukan itu sahaja, para pelajar itu juga mengeluarkan kata-kata lucah di daerah Pengelipuru.

Setakat ini, sekumpulan pelajar yang dirasuk itu mendapat rawatan daripada bomoh tempatan.

Kejadian sebgitu rupa seharusnya menjadi peringatan kepada pengunjung untuk menjaga kesopanan dan menghormati adat resam serta budaya di sesebuah kawasan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram