[VIDEO] Hilangnya sifat kemanusiaan, wanita dibelasah teruk sebelum ditembak mati


  • Benua
  • Jumaat, 09 Dis 2022

Wanita malang itu akhirnya ditembak mati salah seorang tentera berkenaan menggunakan senapang AK47. — Agensi

SEORANG wanita seolah-olah 'dihukum' sekumpulan lelaki bersenjata apabila dipukul bertubi-tubi dan ditembak hingga mati dalam kejadian di Myanmar.

Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) berikrar untuk menyiasat insiden pembunuhan itu selepas rakaman video itu tular di media sosial.

Video jenayah kejam itu menunjukkan seorang wanita menjadi mangsa belasahan beberapa individu di Tamu, Wilayah Sagaing.

Dalam rakaman itu, turut kelihatan seorang lelaki seperti tentera Angkatan Pertahanan Rakyat berada berhampiran kejadian serangan itu.

Pada akhir rakaman, mereka menutup matanya dan menyuruh dia berlutut sebelum ditembak dari dari arah belakang dengan senjata automatik.

Seorang lagi individu kemudian dilihat tanpa belas kasihan menamatkan riwayat malang itu dengan satu das tembakan ke kepala menggunakan senapang AK47.

NUG berkata, pihaknya akan menyiasat sama ada anggota tentera benar-benar terlibat dalam jenayah itu dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap semua yang terlibat.

Untuk rekod, negara Myanmar diperintah Junta tentera yang dianggotai orang kuat dalam sesebuah tentera bercirikan kediktatoran oligarki yang mendapatkan kuasa melalui penggulingan pemerintahan yang sebelumnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram