SEORANG warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan hubungan intim bersama teman wanitanya di sebuah hotel.
Puriyanto maut di dalam sebuah bilik hotel di kawasan Mojoagung Kabupaten Jombang Jawa Timur, Indonesia pada Isnin.
Memetik laporan beritajatim.com, mangsa berusia 69 tahun itu masih berstatus suami orang pada mulanyanya datang ke hotel tersebut bersendirian dengan menunggang motosikal sebelum disusuli kekasih gelapnya dikenali sebagai NK, 46 tahun.
Difahamkan NK yang juga seorang janda meluangkan masa bersama mangsa selama dua jam sebelum dia panik dan berlari keluar untuk meminta pertolongan selepas melihat Puriyanto tiba-tiba tidak bernafas.
Salah seorang pekerja di hotel berkenaan terus menghubungi pihak polis dan hospital untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu, Ketua Polis Mojoagung, Bambang Setyobudi mengesahkan kejadian tersebut dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut.
"Hasil pemeriksaan luar, mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa. Siasatan awal dari pegawai Pusat Kesihatan Komuniti Mojoagung juga mangsa dipercayai meninggal dunia akibat keletihan.
“Berdasarkan kenyataan teman wanitanya itu, sebelum meninggal, mangsa mengambil ubat menguatkan stamina," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram