[VIDEO] Kecewa cinta ditolak, lelaki 'bawa diri' panjat menara elektrik


  • Benua
  • Selasa, 29 Nov 2022

RN nekad memanjat menara tiang elektrik selepas kecewa cintanya ditolak.

KECEWA disebabkan wanita yang diminati menolak cintanya, seorang lelaki bertindak nekad cuba terjun dari menara tiang elektrik berhampiran rumahnya.

Kejadian yang berlaku di Dusun Satu Banten, Desa Pasir Putih ,Indonesia pada Isnin itu dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai RN itu turut merakam dirinya sendiri dan meninggalkan pesanan pada keluarga dan cinta hatinya.

Ketua kampung Pasir Putih, Lin Sandra berkata, lelaki yang memanjat menara elektrik itu merupakan salah seorang penduduk di kawasan berkenaan.

"RN penduduk di sini dan dia bertindak demikian kerana kecewa cintanya ditolak dan wanita itu juga sudah mempunyai teman lelaki lain.

"Pada mulanya dia tak nak turun walaupun dipujuk oleh beberapa ahli keluarganya," katanya.

Tambah Lin lagi, lelaki berkenaan hanya turun selepas wanita idamannya datang dan memujuknya untuk tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri.

"RN berjaya dipujuk dan turun dari menara berkenaan pada pukul 5.45 petang.

"Dia (RN) mungkin mengalami masalah kemurungan akibat cinta ditolak. Selepas kejadian, RN terus dibawa pulang ke rumah keluarganya," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram