[VIDEO] Kantoi bawa skandal pulang ke rumah, suami curang cuba tutup aib buruk-burukkan isteri tersakiti


  • Tular
  • Rabu, 23 Nov 2022

Tangkap layar video kekasih gelap itu dilihat keluar dari rumah sebelum menaiki kereta suami Rina.

TULAR sebuah video di media sosial Indonesia sejak Rabu memaparkan kisah seorang wanita dicurangi suaminya ketika dia berada di luar bandar, lapor portal Wolipop pada Rabu.

Wanita itu memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam akaun TikTok @rinayuliaaana, memaparkan suaminya membawa wanita lain ke rumah mereka.

Rakaman tersebut menunjukkan kekasih gelap suaminya itu keluar dari kediaman tersebut menuju ke kereta lelaki berkenaan.

Rina tidak menyangka suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain, selain tergamak memfitnah dirinya seorang isteri yang tidak baik.

“Pengkhianatan yang tidak pernah saya bayangkan, dikhianati di istana (rumah) saya sendiri. Sehingga hari ini, awak (suami) tidak mengaku dan meminta maaf pun. Awak memfitnah saya sebagai isteri jahat untuk menutup segala kesalahan awak,” tulisnya.

Rakaman tersebut memaparkan suami Rina keluar dari rumah pasangan tersebut dan mendekati kereta dan beberapa minit kemudian, seorang wanita muncul meluru masuk ke dalam kereta.

“Aku terlihat bodoh kerana tidak kenal kau yang aku jadikan suami. Saya tidak sedar telah dikhianati sebelum ini,” katanya.

Pasangan itu dipercayai sudah mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun.

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.

“Padahal isteri dah cantik, lupa dia ada seorang anak perempuan. Bersabarlah adik, semoga rumah tangga kamu sentiasa dalam lindungan ALLAH,” kata seorang pengguna media sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram