POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam, bermula Selasa malam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, langkah mengadakan sekatan jalan raya itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan 'omnipresence' atau kehadiran polis.
"Langkah ini bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.
"Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya terutama di waktu puncak.
"Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram