KIRA-KIRA 10 orang awam cedera dalam kejadian letupan bunga api ketika sambutan pesta Loy Krathong di tepi Sungai Mekong di wilayah timur laut Thailand, Nakhon Phanom pada Selasa.
Dalam kejadian di Taman Phanom Naga, bunga api itu dipercayai tidak menyala sepenuhnya menyebabkan ia menyambar bunga api berhampiran sekali gus mengakibatkan letusan dalam jarak lima meter.
Insiden tersebut mencederakan kira-kira 10 orang awam yang berada di lokasi kejadian kerana mahu menyaksikan pertunjukan bunga api itu.
Dalam rakaman kejadian itu, bunga api tersebut meletup dan menyambar muka seorang mangsa sebelum beberapa letupan lebih kuat kedengaran.
Keadaan itu mencetuskan panik hingga video yang dirakam bertukar gelap hingga tidak jelas apa yang berlaku.
Polis dan penyelamat membawa mangsa ke Hospital Wilayah Nakhon Phanom untuk rawatan. — Agensi
Portal antabangsa, Thai PBS World melaporkan, polis dan penyelamat membawa mangsa ke Hospital Wilayah Nakhon Phanom untuk rawatan.
Mereka yang cedera termasuk lelaki yang bertugas mengendalikan bunga api, pembantunya dan beberapa orang awam.
"Kesemua mereka segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa kemudiannya dibenarkan pulang kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram