HANYA kerana mempertahan maruah adik perempuannya yang diganggu dua remaja lelaki, seorang abang ditikam hingga mati.
Kejadian malang itu berlaku di Delhi, India pada Jumaat lalu.
Deputi Komisioner Polis (DCP) Delhi, Shweta Chauhan berkata, polis sudah menahan kedua-dua suspek yang terlibat dalam insiden tersebut.
"Kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari pusat tuisyen seperti mana dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.
"Rakaman berkenaan menunjukkan mangsa diserang dua remaja lelaki dan salah seorang daripada suspek menggunkan senjata tajam menikamnya dari belakang. Mangsa juga dilihat cuba melawan dan berlaku pergelutan dengan suspek.
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.22 malam dan terus bergegas ke tempat kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya memetik laopran media antarabangsa The Indian Express.
Tambah Shweta, ayah mangsa memaklumkan kepada polis bahawa ketika dia membawa mangsa ke hospital, dia diberitahu mengenai insiden dua suspek mengganggu anak perempuannya.
"Mangsa memberi amaran kepada budak lelaki berkenaan. Kami syak motif suspek menikam mangsa beberapa kali adalah kerana dendam," kata polis.
Polis berkata, keluarga itu tidak membuat aduan terhadap gangguan yang diterima anak perempuan mereka.
Bapa mangsa juga mendakwa, dua remaja terbabit telah mengganggu anak perempuannya dan rakan-rakannya.
"Anak lelaki saya telah berjanji kepada adiknya akan menguruskan perkara itu. Dia telah memberi amaran kepada remaja terbabit dan menampar salah seorang daripada mereka,” kaanya.
Sementara itu, bapa saudara kedua beradik itu menambah, mangsa akan pergi ke kelas komputer setiap hari.
"Dia seorang yang rajin. Suspek mesti dihukum sebagai pengajaran kepada mereka," katanya.
Pada masa sama, keluarga mangsa turut mengadakan protes di kawasan kejiranan tersebut kerana insiden seperti itu bukanlah kali pertama berlaku dan menuntut polis meningkatkan keselamatan serta mengambil tindakan tegas terhadap penyerang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram