KETANGKASAN seorang pegawai polis yang bertugas di sebuah stesen kereta api berjaya menyelamatkan seorang bayi daripada digilis pengangkutan awam tersebut.
Kejadian itu berlaku di Stesen Kereta Api Mankhurd, Mumbai, India pada Selasa lalu.
Pada waktu kejadian, seorang wanita yang menggendong bayi kelihatan cuba menaiki kereta api yang bergerak di platform No 2 stesen tersebut namun, mangsa hilang imbangan badan dan terjatuh dari gerabak.
Melihat kejadian cemas itu, pegawai polis yang dikenali sebagai Akshay Soye terus berlari dan cuba menarik kedua-duanya daripada terseret di bawah kereta api.
Sepantas kilat, Soye sempat menarik bayi berkenaan manakala ibu kanak-kanak itu diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Tindakan Soye itu mendapat pujian pihak berkuasa Mumbai dan turut berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan kepada orang awam.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan sebenar wanita dan bayi tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram