[VIDEO] Misteri bau busuk rumah kosong terbongkar, mayat bayi disangka bangkai tikus


  • Benua
  • Khamis, 03 Nov 2022

Tangkap layar memaparkan lokasi penemuan mayat bayi yang dibuang itu di Indonesia.

BAU busuk sehingga menusuk hidung yang menjadi tanda tanya warga kampung akhirnya terjawab apabila ditemukan sebuah bungkusan berisi mayat bayi di Kecamatan Banjarsari, Indonesia, pada Rabu malam.

Kejadian tersebut dilaporkan oleh seorang warga tempatan, Sarmadi, 65, yang akhinya menemukan mayat bayi di sebuah rumah kosong bersebelahan dengan rumahnya.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh @Buletin tiga di Tiktok, Sarmadi dilihat sedang membuka bungkusan tersebut bersama jirannya yang lain.

Penemuan yang tidak disangka itu membuatkan mereka terkejut dan terus melaporkannya kepada pihak berkuasa.

"Saya ingat bangkai tikus, rupanya bila saya jumpa bungkusan itu, saya buka, ada tangan bayi yang sudah membiru," jelas Sarmadi.

Tambahnya lagi, plastik tersebut sudah dilihat sejak minggu lepas, namun tidak tercium apa-apa bau yang membusuk sebelum ini.

Menurut laporan Jawa Pos, rumah tersebut juga sudah hampir setahun tidak didiami oleh sesiapa.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkenaan kejadian tersebut.Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram