[VIDEO] Amukan bekas teman lelaki ragut dua nyawa tidak bersalah


  • Benua
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan pembunuhan seorang lelaki membunuh teman wanitanya dengan kejam.

KECEWA bekas teman wanita mempunyai kekasih baharu, seorang lelaki sanggup bertindak kejam membunuh gadis malang dan pasangan barunya itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di di wilayah utara Bac Ninh, Vietnam pada Isnin.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian itu berlaku pada pukul 9 malam yang mana suspek Phan Thanh Hoang, 19, menikam mati bekas teman wanitanya dan kekasih barunya di salon rambut milik gadis tersebut.

Dalam satu rakaman video yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) yang terletak di premis berkenaan memaparkan suspek menerjah masuk ke premis berkenaan dan terus menikam kekasih baharu gadis tersebut tanpa henti.

Dia kemudianya dilihat berbincang sesuatu dengan bekas teman wanitanya dan menikam mangsa tanpa belas kasihan.

Lebih kejam lagi, suspek mengambil cangkul dan terus memukul mangsa sehingga tidak bernyawa.

Selepas membunuh kedua-dua mangsa, suspek hanya duduk di premis berkenaan sehingga polis tiba.

Memetik laporan media tempatan vietnamnet, siasatan awal mendapati suspek dan bekas teman wanita itu pernah menjalinkan hubungan.

Namun gadis tersebut membuat keputusan untuk memutus hubungan dengan suspek dan berpindah ke Bac Ninh.

Setakat berita ini ditulis, suspek kini berada dalam tahanan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram