DUA nelayan yang didakwa menipu timbangan di kejohanan memancing Ohio mengaku tidak bersalah pada Rabu atas tuduhan cubaan untuk menipu wang kemenangan serta beberapa tuduhan jenayah lain.
Jacob Runyan, 42, dan Chase Cominsky, 35, tidak berkata apa-apa semasa perbicaraan ringkas di Mahkamah Rayuan Biasa Daerah Cuyahoga, Ohio, Amerika Syarikat.
Peguam dan pembantu Pendakwa Daerah Cuyahoga James Gutierrez juga enggan mengulas mengenai kes itu selepas perbicaraan tersebut.
Mereka dibebaskan dengan jaminan sebanyak $2,500 (RM11,766) untuk setiap seorang.
Runyan dan Cominsky didakwa awal bulan lalu atas tuduhan menipu, memiliki alatan jenayah dan pemilikan haram haiwan liar.
Dalam sebuah video tular, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pengarah kejohanan membelah perut ikan-ikan tangkapan kedua-dua nelayan terbabit dan menjumpai 10 pemberat plumbum seberat 227 gram sehingga 340 gram.
Semuanya gara-gara pengarah kejohanan berasa curiga dengan berat ikan walleye yang tidak normal sebelum memotong ikan di hadapan orang ramai.
Disebabkan itu, Runyan dan Cominsky yang mendahului peserta-peserta lain telah dibatalkan penyertaan serta merta dan terlepas peluang untuk meraih hadiah pertama berjumlah $28,000 (RM 132,020). — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram