SEORANG lelaki berusia 34 tahun maut dalam nahas akibat melanggar pokok di tepi jalan dalam kejadian di Trzcianka,Poland, lapor laman berita Poland Postsen.
Lelaki itu dipercayai nekad menamatkan riwayat hidupnya dengan memecut kenderaannya sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
Rakaman kejadian tersebut dipercayai disiarkan secara langsung melalui Facebook mangsa yang kecewa akan perbuatan isterinya itu.
Menurut laporan mangsa bertindak demikian kerana terlalu kecewa dan tertekan selepas mengetahui isterinya curang dan tidur dengan lelaki lain berkali-kali.
Rakan lelaki itu sering menasihatkan mangsa supaya melepaskan isterinya dan cuba perbaiki diri dengan membina kehidupan baru namun tidak berhasil.
Menurut rakannya itu lelaki terbabit kelihatan seperti kemurungan dan banyak berdiam sejak akhir-akhir ini.
Turut menjadi mangsa kejadian adalah seekor anjing yang berada dalam kereta bersama mangsa.
Anjing tersebut mati di lokasi kejadian dipercayai anjing peliharaan mangsa.
Polis tempatan tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah kes bunuh diri. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram