SEORANG suami bertindak luar jangka apabila sanggup membakar isterinya selepas menolak tuntutan cerai daripada pasangannya itu.
Kejadian ini dipercayai berlaku di rumah bapa mertuanya di Desa Tugu Utara, Koja, Jakarta, Indonesia.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Koja, AKP Yayan Heri Setiawan menjelaskan, kejadian tersebut bermula ketika mangsa kembali ke Jakarta dari Brebes.
Kejadian ini berpunca apabila suami, Resti tidak mampu menerima saat si isteri, Ica meminta untuk diceraikan.
Selepas mendengar tuntutan isterinya itu, lelaki berkenaan mengancam mangsa untuk merosakkan wajahnya.
Melalui laporan Kompas.com, Resti datang ke rumah keluarga mangsa dan terus menyiram mangsa dengan minyak sebelum menyalakan api.
Kejadian ini turut menyebabkan kedua-dua mentuanya dan pelaku sendiri terbakar namun Resti sempat melarikan diri dari rumah keluarganya.
Ica dan kedua orang tuanya dikejarkan ke Hospital Cipto Mangunkusumo.
Menurutnya lagi, Ica mengalami kesan luka kebakaran sehingga 90 peratus pada tubuhnya.
AKP Yayan Heri turut menambah, mangsa sering mengalami kekerasan dalam rumah tangga menyebabkan dia meminta penceraian.
Suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram