[Video] Gara-gara terlupa, wanita pakai 23 kanta lekap, ngeri cara doktor keluarkannya


  • Benua
  • Jumaat, 14 Okt 2022

Kurteeva berjaya mengeluarkan 23 kanta lekap dari mata seorang pesakitnya. – Instagram

TULAR sebuah video perkongsian dari Pakar Oftalmologi, di klinik di Newport Beach, California, Dr Katerina Kurteeva yang mengeluarkan 23 kanta lekap daripada seorang pesakit wanita, bulan lalu.

Ramai yang mempersoal bagaimana wanita terbabit boleh terlupa untuk membuka kanta lekap yang dipakai sebelum menggantikannya dengan kanta baharu.

Video itu menunjukkan Dr Kurteeva menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan berpuluh kanta sentuh dengan berhati-hati dari dalam mata seorang wanita.

Rakaman video proses mengeluarkan 23 kanta lekap itu.

Sebahagian daripada kanta lekap yang dikeluarkan itu sudah bertukar hijau kerana berada di mata untuk tempoh yang lama.

"Saya mengasingkan semua kanta lekap dengan teliti dan jumlah keseluruhannya 23 keping.

"Saya terpaksa menggunakan alat pembedahan yang sangat halus seperti forsep yang digunakan tukang emas bagi mengasingkan kanta lekap itu," kata pakar oftalmologi.

Menurutnya, kejadian ini bukan satu rekod terbaharu kerana beberapa tahun lalu, seorang wanita berusia 67 tahun dari United Kingdom (UK) terlupa mengeluarkan 27 kanta lekap yang dipakai selama 35 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram