[VIDEO] Polis 'tahan' peniaga sayur tolak troli sebab pakai helmet


  • Benua
  • Selasa, 11 Okt 2022

Peniaga sayur dirakam memakai helmet ketika menolak troli.

KEBIASAANNYA, polis akan menahan dan menyaman penunggang motosikal yang tidak memakai helmet.

Tapi lain pula kisahnya di India apabila seorang anggota polis menahan seorang peniaga sayur kerana memakai pelindung kepala itu.

Rakaman kejadian itu diambil sendiri oleh polis terbabit, Bhagwat Prasad Pandey yang menunjukkan dirinya menahan peniaga sayur terbabit ketika sedang menolak troli sambil memakai helmet.

Ditanya sebab berbuat demikian, peniaga sayur itu berkata, dia memakai helmet kerana tidak mahu disaman polis trafik.

Namun Pandey menjelaskan kepada lelaki tersebut bahawa dia tidak perlu memakai helmet ketika menolak troli yang digunakan untuk membawa sayur.

Jelas Pandey lagi, helmet diwajibkan penggunaannya untuk mereka yang menunggang motosikal.

Pandey turut berkongsikan rakaman kejadian itu dalam Twitter miliknya.

"Kita tidak perlu takut, kita hanya perlukan kesedaran," tulisnya.

Bagaimana dia tidak menyatakan lokasi dan tarikh video itu dirakam.

Video itu ditonton lebih empat juta kali dan menerima pujian daripada netizen yang menyifatkan tindakan Pandey memberi kesedaran kepada orang awam tentang undang-undang yang sebenar. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram