SATU kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri tular di media sosial. Video itu dikongsikan seorang wanita bernama Ederr yang memaklumkan bahawa kejadian mencemaskan itu membabitkan rumah jirannya.
Ketika kejadian, Ederr berkata, bapa mentua dan anak lelakinya berada di rumah yang terletak bersebelahan dengan unit yang terbakar itu.
"Mujur mereka sempat menyelamatkan diri," katanya sambil memberitahu rumahnya terletak di tingkat 13.
Memetik laporan Stomp pada Ahad, api yang marak turut menyambar bahagian laluan koridor.
"Bomba dimaklumkan mengenai kebakaran di pangsapuri Blok 534 Jurong West Street 52, Singapura, kira-kira 6.30 petang.
“Kebakaran dipercayai bermula dari ruang tamu di sebuah unit di tingkat 13 dan berjaya dipadamkan oleh anggota bomba menggunakan jet air,” kata laporan tersebut.

Api yang marak turut menyambar bahagian laluan koridor. — Agensi
Tambah laporan itu, seorang mangsa yang mengalami kesukaran bernafas segera dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong.
"Kira-kira 70 orang dari blok itu dipindahkan dan polis mengambil langkah berjaga-jaga."
Punca kebakaran masih dalam siasatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
