[VIDEO] Tercabut baju, topi kaledar, kecoh askar belasah pak guard gara-gara salah 'parcel'


  • Benua
  • Sabtu, 08 Okt 2022

Tangkap layar CCTV yang memaparkan anggota tentera menumbuk pengawal keselamatan di sebuah gudang di Indonesia. — Agensi

SALAH faham menjadi punca anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) membelasah seorang pengawal keselamatan gudang sebuah pasar di Gianyar, Bali Indonesia, baru-baru ini.

Menurut Ketua Penerangan Kodam (Kapendam)I X/Udayana, Kolonel Kav, Antonius Totok Yuniarto, anggota tersebut berang apabila barang diterima tidak sama seperti dipesan lalu telah ke gudang berkenaan untuk membuat aduan.

"Kami telah menyemak identiti individu tersebut dan diakui dia merupakan anggota Tentera Nasional Indonesia yang hanya dikenali dengan intial NS.

"Dia ke gudang tersebut untuk bertanya tentang perbezaan barang diterimanya dengan barang di pesan. Namun pegawal kesalamatan memberitahu dia tersalah tempat membuatkan anggota tentera itu bertindak menumbuk pegawal tersebut.

"Anggota tentera tersebut telah ditahan dan akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Terdahulu, tular sebuah video yang memperlihatkan seorang lelaki disyaki anggota TNI memukul pengawal keselamatan gudang marketplace.

Dalam video tersebut, terlihat pekerja gudang tengah bekerja. Selang beberapa saat, kelihatan dua lelaki memasuki gudang, salah satunya mengenakan pakaian menyamai uniform tentera.

Mereka dilihat bertikam lidah dengan pengawal keselamatan gudang sebelum pekerja gudang masuk campur untuk meleraikan keadaan.

Namun malangnya, kejadian semakin parah apabila pergelutan akhirnya melibatkan lebih ramai pekerja dan hanya terlerai selepas beberapa minit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram