LEBIH 30 orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di timur laut Thailand pada Khamis.
Antara mangsa yang terkorban kebanyakannya adalah kanak-kanak dan beberapa orang awam.
Kejadian tembakan berlaku di pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di daerah Uthaisawan Na Klang, wilayah Nong Bua Lamphu, Thailand
Polis mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai Panya Kamrab, 34 tahun.
Dia melarikan diri dari tempat kejadian dengan trak pikap putih setelah menembak orang awam secara rambang.
Pihak polis juga mengerahkan beberapa anggotanya memburu suspek selepas insiden tersebut.
Namun menurut Pusat Sisatan Biro Thailand, lelaki bersenjata itu membunuh dirinya, isteri dan anaknya ketika ditemui.
Kolonel Polis, Jakkapat Vijitraithaya dari wilayah Nong Bua Lam Phu berkata, terdapat 23 mangsa terdiri daripada kanak-kanak dan penyerang adalah bekas anggota polis.
"Kes tembakan beramai-ramai jarang berlaku namun pada 2020 ada kejadian membabitkan seorang tentera yang naik darah gara-gara perselisihan faham.
"Kejadian itu mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 29 orang dan mencederakan 57 orang awam," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram