Penganggur ditahan curi produk kecantikan RM83 di Ampang


  • 112
  • Ahad, 02 Okt 2022

Suspek ditahan kerana dipercayai mencuri produk kecantikan bernilai RM83 dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Tasik Tambahan. — Gambar Hiasan

SEORANG penganggur berusia 39 tahun ditahan kerana dipercayai mencuri produk kecantikan bernilai RM83 dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Tasik Tambahan, Ampang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek ditahan selepas pengurus kedai itu melihat dia memasukkan produk kecantikan itu ke dalam begnya kira-kira pukul 3.50 petang Khamis.

“Pengurus menghubungi polis dan suspek ditahan kira-kira 10 minit kemudian.

“Kami turut merampas enam produk kecantikan daripada suspek,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, suspek juga didapati positif dadah.

“Dia direman sehingga Isnin untuk siasatan lanjut,” katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram