[VIDEO] Penduduk kampung temui longgokan tulang mangsa perang


  • Benua
  • Khamis, 29 Sep 2022

Tangkap layar video sekumpulan penduduk kampung berkumpul di sekeliling timbunan tulang.

RAKYAT Afghanistan menuntut keadilan selepas penemuan longgokan rangka tulang di sebuah kubur besar di Kandahar, Afghanistan ekoran mengimbau kembali sejarah yang berlaku semasa era pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di negara itu.

Lapor Arab News, lokasi penemuan kubur itu merupakan tempat berlakunya pertempuran sengit antara tentera kerajaan yang disokong Barat dengan pejuang Taliban kira-kira dua dekad yang lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, sekumpulan penduduk kampung berkumpul di sekeliling timbunan tulang yang dikatakan merupakan 12 mayat mangsa-mangsa terkorban dalam pertempuran 20 tahun lalu.

Timbalan Jurucakap Taliban, Bilal Karimi berkata, kubur itu dikesan kira-kira sembilan tahun lalu, yang mana kawasan tersebut berada di bawah kawalan bekas pentadbiran terdahulu, kerajaan yang dibayangi tentera AS.

“Pada ketika ini, siasatan sedang dijalankan terhadap penemuan mayat (rangka tulang) yang kita jumpa,” katanya semasa bercakap mengenai kubur itu.

Pengarah Eksekutif Pusat Kajian Strategik dan Serantau, Kabul Hekmatullah Zaland berkata, dua dekad lalu menyaksikan pemerintah tentera yang melanggar hak asasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

“Mereka yang tidak bersalah dibunuh dengan cara kejam di selatan (Afghanistan).

“Kubur yang ditemukan di Kandahar hanya satu bukti daripada kekejaman yang berlaku di negara ini,” kata Zaland. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram