SEORANG lelaki di Indonesia mengundang rasa jijik orang ramai apabila memuat naik sebuah klip video memaparkan dia menelan cicak dan cengkerik hidup-hidup, lapor laman berita Suara pada Rabu.
Menerusi video berdurasi lima minit yang dikongsi oleh akaun Instagram @terangmedia, lelaki berkenaan turut memaklumkan bahawa selain serangga, dia juga memakan ular, lipan dan kala jengking hidup-hidup.
Ini adalah hidangan biasa bagi saya dan bukan mahu menunjukkan apa-apa amalan tentang bagaimana mahu menjadi manusia kebal.
“Serangga dan haiwan yang saya beritahu dalam video ini adalah hidangan kegemaran kerana pada saya, semua serangga ini rasanya sangat enak. Terima kasih,” kata lelaki tersebut.
Tambahnya, dia juga lebih suka memakan daging haiwan seperti ayam, malah anak harimau dalam keadaan mentah dan tidak suka memasaknya seperti orang biasa.
Tinjaun Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai berasa loya akan perbuatan lelaki tersebut dan ada juga menasihatinya untuk memasak terlebih dulu demi menjaga kesihatan.
"Gelinya makan cicak hidup-hidup nak pula dia kata dimakan mentah-mentah lebih enak," kata Rino Dayat.
"Kalau dia memang betul suka makan haiwan itu, sepatutnya kena masak dulu bagi bersih sebelum masuk dalam badan," jelas Rico 809.
"Najis cicak pun dah berbau busuk, lagi dimakan mentah-mentah nanti sakit yang dapat," ujar Marco Daud. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram