Sampai tercabut tudung, anak yatim perempuan bermasalah kena ‘tibai’ dengan kayu


  • Benua
  • Sabtu, 10 Sep 2022

Dalam video tersebut kelihatan seorang wanita diseret dan tangannya digari, selain ada juga yang sampai nak tercabut tudung.

SEBUAH rakaman video menunjukkan beberapa remaja perempuan dipukul oleh pekerja rumah anak yatim di Arab Saudi mencetuskan perdebatan di media sosial.

Video yang tular sejak Rabu lepas turut menarik perhatian badan pemerhati hak asasi manusia yang mendesak agar kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan terhadap pelakunya.

Menurut laporan VICE News, insiden itu terjadi selepas berlakunya bantahan oleh beberapa penduduk rumah anak yatim mengenai keadaan rumah yang begitu daif.

Tidak jelas siapa yang merakam video tersebut, namun ia dipercayai mula tular di Twitter, kemudiannya dikongsi semula oleh pemantau hak asasi manusia.

Dilaporkan bahawa remaja terbabit memulakan bantahan tersebut dengan melakukan aksi mogok lapar.

Namun, mereka kemudiannya dipaksa masuk semula ke dalam rumah anak yatim itu dan ada juga sebahagian daripada mereka dipukul.

Malah dalam video tersebut kelihatan seorang wanita diseret dan tangannya digari, selain ada juga sampai nak tercabut tudung.

Dalam pada itu, gabenor wilayah Asir, Turki Talal berjanji untuk menyegerakan siasatan menyeluruh ke atas kejadian itu.

Video menyayat hati itu ditonton berjuta-juta kali di pelbagai platform media sosial.

Lina al-Hathloul, seorang aktivis hak asasi manusia Arab Saudi, menganggap kejadian itu menggambarkan betapa kejamnya layanan yang diterima wanita di negara tersebut.

Lina kini ditahan kerana mengadakan demonstrasi menentang larangan wanita.

“Beginilah cara rejim Mohammad Salman (Putera Arab Saudi) menahan rakyatnya,” kata Lina menerusi akaun Twitternya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram