SEORANG lelaki warga Peru, Abraham Lucano Huarcaya maut dibunuh rakan sekerjanya iaitu Rafael Vilcatoma Arone pada Selasa lepas.
Dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan suspek dan mangsa sedang melakukan kerja pemeriksaan tong-tong gas di sebuah gudang mereka bekerja di Bandar Ayacucho, Peru.
Berdasarkan video tersebut, suspek terus bertindak agresif dengan menghempap kepala suspek berkali-kali hingga maut di tempat kejadian.
Ketika kejadian, suspek bertindak melarikan diri selepas pembunuhan terbabit.
Namun, suspek berjaya diberkas polis tidak lama kemudian dan hasil soal siasat, suspek mendakwa bahawa dia dirasuk semangat patung Chucky ketika itu membuatkan dia hilang kesedaran dan bertindak di luar batas.
"Saya tidak sedar ketika itu, saya dirasuk Chucky.
"Chucky tidak menjawab saya, Chucky tidak datang," katanya kepada polis.
Pihak polis mulai curiga dengan kenyataan seperti itu dan tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki terbabit ada masalah mental.
Suspek akan dirujuk kepada pakar psikiatri bagi diognosis kesihatan mental suspek dan jika didapati bersalah, suspek boleh dijatuhi hukuman mati kerana membunuh. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
