
SEORANG remaja lelaki maut ditembak dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kedai serbaneka di Amerika Syarikat pada Jumaat.
Berdasarkan video berdurasi 39 saat, kelihatan remaja lelaki itu ingin membeli minuman alkohol sebelum insiden tembakan itu berlaku.
Menerusi video terbabit, sebelum mangsa ditembak, dia dipercayai terlibat pergaduhan dengan seorang pengunjung kedai.
Namun pergaduhan tersebut dilihat berakhir dengan tembakan apabila suspek bertindak untuk menembak remaja berkenaan.
Selepas menembak mangsa, suspek melarikan diri dengan orang awam menjadi saksi insiden tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial menyalahkan mangsa kerana dari video tersebut menunjukkan dia yang mula mencetuskan pergaduhan.
"Gara-gara nak tunjuk samseng, tak pasal-pasal maut mendatang," kata David Blind.
"Diam-diam sahaja orang itu, tahu-tahu dalam beg ada pistol, bahaya betul kalau kita ada dalam keadaan macam itu," jelas Blackcat.
"Lain kali jangan cari pasal dengan orang yang kita tak kenal, ngeri betul tengok kalau kena macam itu," ujar Fanddy Mile.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku di Amerika Syarikat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram