KELAB bola sepak milik artis terkenal Indonesia, Raffi Ahmad, Rans Nusantara FC yang kini berada dalam Liga 1 2022/2023 dijadualkan menentang Persib Bandung pada Ahad.
Bagaimanapun, sebelum perlawanan bermula, berlaku kekecohan di tempat pertukaran tiket yang terletak di Padang Progresif, Gedebage, Kota Bandung, Indonesia.
Jawatankuasa Penganjur memerlukan penonton menukar e-tiket dengan tiket fizikal di lokasi tersebut.
Video kekecohan itu menjadi viral di media sosial dan menunjukkan penonton yang ingin bertukar tiket berasa kecewa kerana tidak dapat mengambil gelang yang akan digunakan sebagai tiket masuk ke Stadium Gelora Bandung Lautan Api.
Rakaman aksi rusuhan dalam kalangan penyokong bola sepak tersebut.
Penonton yang kecewa bertindak dengan merusuh dengan memanjat meja, menendang besi penghadang dan aksi keganasan lain di lokasi kejadian.
Menurut maklumat, akibat kekecohan di lokasi pertukaran tiket di Padang Progresif, Persib, pihak stadium segera menutup kawasan tersebut.
“Kami memohon maaf kepada semua penyokong, kerana lokasi pertukaran e-tiket yang terletak di Progressive Gedebage terpaksa ditutup awal,” kata Pengarah PT Persib Bandung Bermaruah (PBB) Teddy Tjahjono. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram