Puluhan pelajar menengah serang kelas murid sekolah rendah, hasutan guru disyak jadi punca


  • Benua
  • Ahad, 04 Sep 2022

Tangkap layar berpuluh-puluh pelajar sekolah menengah merempuh dinding bangunan murid sekolah rendah itu.

BADAN Perlindungan Kanak-Kanak (LPA) Kota Mataram, Indonesia memberi perhatian serius terhadap rusuhan yang berlaku antara pelajar Sekolah Menengah 14 Mataram dan murid Sekolah Rendah Model.

Disyaki terdapat provokasi secara langsung atau tidak langsung dan badan berkenaan menubuhkan pasukan untuk memberi bantuan psikologi kepada pelajar sekolah rendah terbabit.

Bagi Sekolah Menengah 14 Mataram pula, langkah pemulihan telah diberikan.

Ketua LPA Mataram, Joko Jumadi berkata, selepas berlaku masalah tanah yang diduduki Sekolah Rendah Model Mataram, murid sekolah itu dipindahkan ke sekolah menengah berkenaan.

Proses pembelajaran juga dipisahkan antara Sekolah Menengah Mataram 14 dan Sekolah Dasar Model Mataram.

“Rusuhan ini adalah kemuncak masalah yang belum selesai sepenuhnya,” kata Joko ketika dihubungi Suara.com, pada Sabtu.

Rakaman tular detik-detik rusuhan itu berlaku.

Joko berkata, rusuhan itu berlaku pasti melibatkan provokasi dari pihak lain sama ada secara langung atau tidak kerana mustahil seorang kanak-kanak bertindak ganas sebegitu rupa.

Contohnya provokasi secara tidak langsung adalah pelajar sering mendengar rungutan atau luahan guru yang mungkin tidak berniat untuk membuat provokasi.

Namun kerana pelajar mendengar keluhan guru mereka, pelajar sekolah itu terbawa-bawa bertindak untuk melakukan rusuhan.

“Saya rasa tidak mungkin kanak-kanak bertindak ganas jika tiada hasutan langsung,” katanya.

Selepas kejadian rusuhan pelajar sekolah menengah itu, difahamkan ibu bapa pelajar Sekolah Rendah Model melaporkan insiden berkenaan kepada polis kerana trauma yang dihadapi oleh murid sekolah rendah tersebut.

Joko mengakui sekiranya kes itu dilaporkan, ia tidak akan menghalang proses undang-undang.

Bagaimanapun, ia dianggap tidak wajar kerana jumlah kanak-kanak terbabit masih belum diketahui.

Proses undang-undang yang dihadapi kanak-kanak juga akan berakhir dengan pemulihan.

“Saya tidak menghalang proses undang-undang, tetapi kita tidak tahu berapa ramai kanak-kanak yang menjadi pelaku, tetapi akhirnya mereka akan dipulihkan,” katanya lagi.

Jika ada orang dewasa yang mencetuskan kekecohan, Joko meminta kerajaan bertindak tegas.

Beliau mengesyorkan untuk mengutamakan proses pentadbiran.

“Saya tidak mengesyorkan proses undang-undang, tetapi proses pentadbiran yang dikemukakan, bagi kanak-kanak saya lebih suka tidak mengambil pendekatan undang-undang tetapi melalui pendekatan pemulihan sosial,” akhirinya.

Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan detik berpuluh-puluh pelajar sekolah menengah menyerang dan memusnahkan bangunan sekolah rendah di Mataram.

Dalam video yang tersebar itu, kelihatan berpuluh-puluh pelajar sekolah menengah merempuh dinding bangunan dan membuatkan pelajar sekolah rendah histeria ketakutan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram