Isteri anggota polis 'kantoi' berkhalwat dengan anak ketua kampung


  • Benua
  • Jumaat, 02 Sep 2022

Seorang lelaki dan wanita ditangkap khalwat oleh suami wanita itu yang merupakan anggota polis di sebuah hotel lima bintang di Palembang, Indonesia.

TULAR di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dan wanita ditangkap khalwat oleh suaminya sendiri yang merupakan anggota polis di sebuah hotel lima bintang di Palembang, Indonesia.

Serbuan dilakukan sendiri oleh suami wanita itu, Bripda Ade Pratama, 24, iaitu polis di daerah Banyuasin bersama beberapa anggota polis lain.

Ade Pratama menemui isterinya sedang bermesra di atas katil bersama seorang lelaki di sebuah bilik hotel di daerah Ilir Barat I, Palembang.

Menurut maklumat lain, lelaki berusia 24 tahun itu adalah anak ketua kampung dari Muara Sugihan, Banyuasin, Sumatera Selatan.

“Sebab isteri saya sering lari dari rumah tanpa izin saya dan meninggalkan anak yang masih berusia 11 bulan,” kata Ade Pratama kepada wartawan, Rabu.

Rakaman tular serbuan berkenaan.

Sementara itu, berdasarkan data yang diperoleh laman portal Tribunsumsel.com, kronologi serbuan bermula apabila suaminya sendiri mulai mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain kerana sering bermain telefon pintar.

Malah, isterinya memberi pelbagai alasan ketika suaminya meminta untuk periksa telefon isterinya.

Pada hari kejadian, isterinya meminta izin suaminya untuk pulang ke kampung untuk menziarahi keluarganya dan naluri suaminya pada ketika ini sudah menjangkakan sesuatu.

Suaminya berpura-pura mempercayai isterinya dan mengizinkannya pergi pulang ke kampung namun hakikatnya dia mengekori wanita itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis IB I, Kompol Roy A Tambunan berkata, serbuan anggota Bhayangkari itu dilakukan berdasarkan laporan suaminya.

"Jadi malam tadi suaminya menghubungi Polis IB I. Apabila anggota tiba, suaminya sudah berada di tempat kejadian, jadi kami hanya menemaninya," katanya.

Pihak polis juga menjumpai kesan air mani di atas tilam dan pada tisu.

Rakaman video serta kesan air mani tersebut akan dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa kedua pasangan tersebut di mahkamah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram