SEORANG wanita ditangkap sedang leka bermain judi sambil menyanyi lagu dangdut di sebuah premis kafe internet di Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial, beberapa anggota polis berpakaian seragam dilihat menyerbu masuk ke dalam secara sulit berikutan premis itu menyediakan mesin judi serta pusat karaoke dangdut tanpa dokumen yang sah.
Ketika serbuan dilakukan, kelihatan seorang wanita masih leka menyanyi sambil bermain judi slot dan tidak sedar akan kehadiran pegawai polis di belakangnya kerana mendengar lagu menggunakan fon kepala.
"Mereka terlalu sibuk bermain judi di kafe internet sambil memakai fon kepala dan nyanyi lagu dangdut sehingga tidak sedar kami berada di belakang mereka," kata pegawai polis di situ.
Polis kemudiannya bergerak ke sisi tepi dan mencuit bahagian kepalanya sehingga disedari wanita itu dan dia cukup terkejut dengan situasi itu.
Menerima 52,000 jumlah tontonan dan 1,000 tanda suka di Instagram, segelintir netizen berpendapat bahawa suspek mesti ditangkap dan segala permohonan rayuan mereka perlu ditolak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram