Penunggang motosikal cedera terbabas, keliru bonggol dicat mirip lintasan belang


  • Benua
  • Khamis, 25 Ogos 2022

Kewujudan bonggol yang menyerupai zebra cross itu membuatkan ramai pengguna jalan raya terkeliru.

BEBERAPA penunggang motosikal tercedera akibat terbabas selepas melanggar sebuah bonggol yang dicat mirip lintasan belang (zebra cross).

Kejadian itu berlaku di Danau Sunter, Jakarta Utara.

Dalam satu video tural yang dimuat naik akaun Instagram fakta.jakarta menunjukkan seorang penunggang motosikal terbabas di bahu jalan raya setelah terjatuh melanggar bonggol yang dicat menyerupai zebra cross itu.

Kebiasaannya, bonggol dicat dengan warna kuning hitam sebagai amaran kepada pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan.

Bagaimanapun kewujudan bonggol yang menyerupai zebra cross itu membuatkan ramai pengguna jalan raya terkeliru dan terus memecut laju ketika jalan lengang.

Ketua Unit Trafik dan Trafik Polis Jakarta Utara, Edi Wibowo berkata, pihaknya menerima maklumat tentang tentang insiden penunggang terjatuh akibat kekeliruan tersebut.

Insiden itu bukan kali pertama berlaku dan sudah melibatkan beberapa mangsa.

Namun begitu, pihaknya belum menerima laporan daripada mangsa dan tiada tindakan lanjut daripada pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan isu itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram