Lelaki kedua ditahan rosakkan Jalur Gemilang di ibu negara


  • Primer
  • Isnin, 22 Ogos 2022

Pelaku didapati mencabut Jalur Gemilang di jejambat Jalan Syed Putra sebelum membuang bendera tersebut. — Facebook DBKL

SELEPAS kejadian tular seorang lelaki dirakam merosakkan Jalur Gemilang, satu lagi kes sama dilaporkan berlaku di Brickfields, Kuala Lumpur.

Berdasarkan gambar dikongsikan di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lelaki berkenaan didapati mencabut Jalur Gemilang di jejambat Jalan Syed Putra sebelum membuang bendera tersebut.

Bagaimanapun, DBKL memaklumkan, pelaku ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

jalur gemilang 1

Pelaku ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Facebook DBKL

"Semalam sahabat-sahabat dari Jabatan Penguatkuasaan sekali lagi membuat penahanan individu yang didapati merosakkan Jalur Gemilang yang dipasang oleh DBKL. Kali ini lokasinya di Brickfields.

“Kenapa Jalur Gemilang yang menjadi sasaran? Suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut perkongsian itu pada Isnin.

Kejadian di Brickfields itu adalah kejadian ketiga dilaporkan DBKL membabitkan Jalur Gemilang dirosakkan.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 6 Ogos di Jalan Sultan Ismail manakala kejadian kedua pada 17 Ogos di bangunan MITEC, Jalan Ampang membabitkan pelaku sama yang menggunting bendera tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram