Ibarat filem 'Final Destination', 5 terselamat kereta dirempuh kereta api


  • Benua
  • Isnin, 22 Ogos 2022

Kelima-lima mangsa selamat walaupun kenderaan tersebut diseret sepanjang 20 meter. — Agensi

IBARAT diberikan peluang kedua, lima pemuda terselamat setelah kenderaan mereka dirempuh kereta api dalam kejadian di Indonesia baru-baru ini.

Ketua Polis Sektor Bagelen, Ida Widaastuti berkata, kejadian itu berlaku ketika pemandu yang bernama Imansyah bersama empat rakannya yang lain menuju ke arah Desa Purworejo, Jawa Tengah, Indonesia pada waktu malam.

"Namun, kereta yang dipandu Irmansyah tiba-tiba mati enjin dan mengalami kerosakkan di tengah landasan kereta api tersebut.

"Dalam pada masa sama, sebuah kereta api membawa penumpang dari Jogyakarta ke Pasar Senen terus merempuh kereta yang dipandu Irmansyah.

"Kenderaan tersebut diseret sepanjang 20 meter ke arah utara," katanya.

Bagaimanapun, tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden itu.

Kejadian itu turut menyebabkan kelewatan kereta api tersebut untuk sampai ke destinasi sebenar selama 37 minit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram