'Sempat belanja RM19,' lelaki pamer kekayaan di TikTok rupanya pencuri


  • Benua
  • Ahad, 14 Ogos 2022

Lelaki itu menunjukkan wang kertas dan memberitahu pengikutnya bahawa dia bangun awal untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang.

APA yang ditunjukkan di media sosial tidak semestinya benar dan itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Chon Buri, Thailand apabila memberitahu pengikutnya di laman TikTok kononnya kekayaan yang dimiliki adalah hasil dari titik peluhnya.

Dikenali sebagai @Joker764 pada laman TikTok, lelaki baru-baru ini itu menunjukkan wang kertas di kedua-dua belah tangan dan memberitahu pengikutnya bahawa dia bangun awal untuk bekerja bagi mendapatkan wang supaya dapat membayar hutang.

Ternyata, pihak polis mengesahkan bahawa lelaki itu adalah seorang pencuri.

Ketika polis Chon Buri melawat rumah lelaki terbabit di tambon Bang Sai di daerah Muang, mereka menemui wang kertas RM27,691.15, cek bernilai RM 4,027,804 dan pakaian yang dipakainya adalah baju semasa pecah masuk di sebuah premis tempatan.

Suspek yang berjaya ditahan polis itu merupakan Surasak Thakenglarp, ​​29, berasal dari Surin.

Menurut, Ketua Polis Chon Buri, Atthasit Kijjaharn, kebanyakan wang yang dicuri itu ditemui semula kerana suspek memberitahu pegawai dia hanya membelanjakan RM18.88 untuk membeli makanan.

Beliau berkata. polis melakukan penyiasatan susulan aduan bahawa seorang pencuri mencuri peti besi berisi wang dan barangan lain di pejabat Kiattithayakorn Metal Co di daerah Muang pada 11 Ogos.

Kamera Keselamatan Litar Tertutup (CCTV) merakam aksi pencuri itu.

Polis kemudiannya menjumpai video TikTok seorang lelaki mempamerkan wang kertas dan memakai pakaian yang sama seperti dalam video keselamatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pencuri, Tiktok, Polis, @Joker764, Chon Buri, Thailand