Gara-gara strok, suami tinggalkan isteri dalam hutan


  • Benua
  • Sabtu, 13 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang isteri yang ditinggalkan bersendirian di hutan Indonesia oleh suaminya.

AKIBAT mengidap penyakit strok, seorang wanita bernasib malang apabila ditinggalkan dalam hutan selama tiga hari kerana enggan melakukan rawatan dalam kejadian dilaporkan berlaku di Indonesia.

Tular di media sosial apabila dua keping gambar dimuat naik oleh individu yang tidak dikenali memaparkan seorang wanita yang hanya ditutupi kain, sedang berteduh di bawah pokok.

"Sesiapa yang kenal wanita ini... berasal dari Garut, kampung Leweh Baru mukim Malangbong, namanya Ika ditemui di taman bunga Perhutani Cikampek.

"Katanya dia ditinggalkan oleh suami selama tiga hari dan ditinggalkan di hutan.

"Jika ada jiran atau rakan yang mengenalinya, sila hubungi keluarganya, terima kasih," kata Andree.

Turut menerima pelbagai komen dan pandangan netizen, rata-rata berasa simpati dengan situasi yang dihadapi wanita itu.

Naa Goodgirls berkata: "Saya tidak sanggup melihatnya, bagaimana seorang suami boleh meninggalkan isterinya, apatah lagi di dalam hutan."

Difahamkan, punca beliau ditinggalkan adalah kerana si suami enggan menjaga isterinya yang dikatakan menyusahkan dan memerlukan kos rawatan yang tinggi di hospital.

Namun, beliau kini telah dihantarkan ke hospital untuk rawatan lanjut selepas oleh orang kampung.

“Dia kini sedang dirawat di hospital, saya minta doa dan sokongan semoga semuanya berjalan lancar dan Ikah dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat,” kata Nova. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Suami Kejam, Indonesia, Penyakit Strok