Remaja lalui detik cemas, dicabul rider sepanjang perjalanan balik rumah


  • Benua
  • Jumaat, 12 Ogos 2022

Di pertengahan perjalanan, suspek mula melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa ketika menunggang motosikal.

POLIS menahan seorang lelaki dengan huruf awalan DGDPB iaitu penduduk Kampung Pemecutan Kaja, Denpasar Utara, Bali, Indonesia bagi kes serangan seksual terhadap seorang gadis berusia 15 tahun.

Suspek yang bekerja sebagai penunggal motosikal p-hailing ataupun dikenali sebagai 'ojol' di Indonesia itu disyaki mencabuli pelajar sekolah menengah itu di atas motosikal yang mereka naiki.

Ketua Pegawai Perhubungan Masyarakat, daerah Denpasar, Ketut Sukadi berkata, kejadian menimpa gadis berusia 15 tahun itu berlaku pada Isnin sekitar pukul 7 petang waktu Malaysia.

Ia bermula apabila mangsa selesai belajar secara berkumpulan bersama rakannya di Kampung Padang Sambian, Denpasar Barat.

Dia kemudian memesan perkhidmatan ojol melalui telefon bimbitnya untuk balik ke rumahnya yang terletak di Pesanggaran, Denpasar Selatan.

Kemudian, lelaki berusia 27 tahun itu datang mengambil mangsa.

Di pertengahan perjalanan, suspek mula melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa ketika menunggang motosikal.

“Suspek mulai meraba-raba mangsa di sepanjang jalan dari Teuku Umar Barat, Denpasar hingga dekat rumahnya,” kata Sukadi pada Khamis.

Sukadi menjelaskan bahawa mangsa bertindak menghalang tangan lelaki itu namun suspek tetap mengulangi perbuatannya.

Tambahnya, perbuatan suspek hanya berhenti apabila tiba di rumah mangsa.

Ayah mangsa terus menahan suspek dan membawanya ke Polis Denpasar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram