SEORANG wanita maut setelah melompat keluar dari kereta di Kota Pagaralam, Sumatera Selatan.
Kejadian itu berlaku setelah mangsa menolak ajakan seorang lelaki melakukan seks.
Ketua Polis Pagaralam, Arif Harsono berkata, mangsa nekad mengambil tindakan itu selepas diancam akibat menolak pelawaan melakukan seks dengan seorang lelaki.
"Mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Basemah Pagaralam namun meninggal dunia setelah diberikan rawatan.
"Hasil siasatan polis, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia Riki Santoso yang berusia 31 tahun," katanya.
Menurut Arif, suspek pada mulanya mengajak mangsa melakukan seks di dalam kereta.
"Suspek telah mengancam mangsa menggunakan pisau namun mangsa sempat menolak dan menggigit tangan suspek sebelum membuka pintu kenderaan tersebut.
“Wanita itu berjaya melompat keluar dari kenderaan dan akhirnya meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah,” katanya.
Jelas Arif lagi, mangsa mengenali suspek melalui melalui aplikasi Michat.
"Riki kemudian menawarkan mangsa untuk melakukan hubungan seks.
"Selepas berunding harga, Riki menghantar wang ke akaun MI berjumlah sejuta rupiah (RM299).
"Selepas suspek mengirimkan wang tersebut ke dalam akaun bank mangsa, wanita itu menolak ajakan melakukan seks hingga membuatkan lelaki itu marah," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram