Satu kampung hidu bau bangkai, rupanya ada mayat bayi dalam rumah lama


  • Benua
  • Rabu, 10 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan lokasi mayat seorang bayi yang dijumpai berhampiran sebuah rumah.

PENDUDUK Jalan Masjid Al Islah, Desa Susukan Jakarta Timur dikejutkan dengan penemuan mayat bayi di sebuah rumah sewa.

Setakat ini Unit Siasatan Jenayah Polis Ciracas telah menjalankan siasatan ke atas tiga saksi utama iaitu tuan rumah dan dua penduduk di sekitar lokasi kejadian.

"Barang bukti yang kami temui adalah pakaian mangsa dan juga selimut," kata Jupriono yang merupakan pegawai polis bertugas yang mengendalikan kes melibatkan bayi yang dikatakan baru dilahirkan itu.

Tambah Jupriono, hasil siasatan mendapati pemilik rumah dan penduduk hanya mengetahui mangsa telah meninggal dunia selepas terhidu bau busuk daripada mayat bayi berkenaan.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia tiga hari lalu namun tiada siapa tahu situasi sebenar yang berlaku, jadi kami perlukan hasil bedah siasat pihak hospital," kata Jupriono.

Menurutnya, sehingga kini pihak polis masih berusaha membongkar kes penemuan mayat bayi itu di rumah berkenaan.

Selain itu, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat ke atas mayat bayi tersebut bagi menentukan punca kematian bagi menentukan sama ada ia kes jenayah ataupun tidak.

Bagaimanapun, berdasarkan hasil pemeriksaan pasukan Pengecaman dan Unit Siasatan Jenayah Polis Ciracas, tiada sebarang kesan penganiayaan terhadap mayat bayi berkenaan.

"Kami masih menjalankan siasatan dan masih belum boleh memutuskan sama ada punca kematian disebabkan keganasan atau penyakit," kata Jupriono. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mayat Bayi, Bau Bangkai, Rumah Sewa,