PERASAAN belas kasihan terhadap seseorang yang dalam kesusahan seperti pengemis menjadi faktor utama orang ramai sanggup menghulurkan wang dengan harapan dapat membantu kehidupannya.
Namun sejak kebelakangan ini, berita di media sosial dipenuhi dengan isu pengemis yang sebenarnya telah mengumpul wang yang banyak hasil daripada kutipan mengemis.
Situasi serupa ditangkap menerusi video yang dimuat naik ke laman media sosial melihatkan seorang wanita bertudung yang disyaki pengemis sedang duduk di lantai dalam sebuah pasar raya sambil mengira wang yang diperoleh, dipercayai berlaku di Indonesia.
Paling mencuri perhatian, jumlah wang yang dikira boleh dikatakan agak banyak. Malah kelihatan ada segumpal wang dengan nilai minimum mencecah 100,000 rupiah (RM30).
"Sebab itu saya jarang memberikan wang kepada pengemis di pasar raya kerana saya lebih memerlukan daripada mereka, saya pernah nampak pengemis meminta duit, walaupun hanya dalam jumlah yang kecil,ianya masih bukan hak mereka.
"Mungkin, ia hasil kutipan beberapa tahun mereka mengemis, tetapi duit sudah banyak, kenapa tidak buka perniagaan," komen netizen. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram