Pelajar 15 tahun mati dikerjakan rakan sekolah asrama


  • Benua
  • Isnin, 08 Ogos 2022

Pelajar tersebut dilaporkan mati akibat pergaduhan besar di sebuah sekolah berasrama. — Agensi

SEORANG pelajar berusia 15 tahun meninggal dunia akibat dibelasah di sebuah sekolah berasrama di Daerah Balaraja, Banten, Jawa Barat, Indonesia pada Ahad.

Difahamkan, pihak hospital Daerah Balaraja menerima laporan kematian daripada pihak sekolah dan guru yang mengajar kelas tersebut, kata polis tempatan, Kapolsek Cisoka.

Maklumat mengenai kes kematian diterima daripada laporan hospital tempatan yang mengatakan seorang pelajar telah meninggal dunia dalam satu kejadian pergaduhan sesama rakan.

“Berdasarkan maklumat guru dan penjaga, mangsa maut dikatakan bergaduh dengan rakan pelajar dan selepas daripada pergaduhan itu, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penjaga sekolah berasrama itu segera membawanya ke hospital berhampiran untuk siasatan lanjut.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pergaduhan, Pelajar Mati, Rakan Sekolah