Bapa tak guna, tinggalkan anak selepas curi motosikal


  • Benua
  • Rabu, 10 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki melarikan sebuah motosikal dan meninggalkan anak perempuannya di lokasi kejadian. — Instagram

AKSI seorang bapa membawa anaknya mencuri motosikal sebelum melarikan diri menjadi tular di media sosial. Malah lelaki itu mendapat kecaman kerana anak perempuannya ditinggalkan di tempat kejadian.

Video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik di akaun Instagram @infoanda.

Menerusi posting video berkenaan, rumah lelaki itu dikatakan hanya terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Turut dinyatakan lokasi kecurian berlaku di Pematangsiantar di daerah Sumatera Utara, Indonesia, menurut laporan iNews.co.id.

Menurut keterangan dalam hantaran video tersebut, pelaku kepada kanak-kanak yang ditinggalkan itu adalah bapa kandungnya.

Daripada video itu, kelihatan seorang lelaki dan seorang budak perempuan sedang berjalan bersama. Bagaimanapun, tiba-tiba lelaki terbabit menaiki motosikal yang diletakkan di tepi jalan.

Dia kemudian segera menekan pedal minyak dan melarikan motosikal curi itu tanpa membawa anaknya.

Mangsa yang menyedari motosikalnya dicuri kemudian dilihat menjerit meminta tolong manakala budak itu kelihatan terpinga-pinga.

Pengguna media sosial kemudian meninggalkan komen meminta mangsa mengambil sahaja budak itu dan menghantarnya pulang ke rumah kerana lokasi berdekatan.

“Yang ada motor boleh saja bawa anak pulang, supaya boleh berhubung dengan bapanya, jangan lupa bawa pelaku ke pihak polis,” kata @nda.d. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram