PENTERNAK di daerah Bua Yai wilayah Nakhon Ratchasima, Korat, Thailand terpaksa berputih mata apabila tujuh ekor lembu peliharaan masing-masing maut selepas dipanah petir ketika hujan ribut melanda kampung Ban Nong Mek pada Ahad.
Anggota unit penyelamat, Hook berkata, pihaknya bergegas ke kampung Ban Nong Mek, Dan Chang, Bua Yai selepas mengetahui kejadian ribut petir berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari.
Penduduk kampung Ban Nong Mek, Puttha Sa-ut berkata, dia membawa empat ekor lembu untuk meragut rumput di hutan berhampiran kampung itu.
Sewaktu perjalanannya membawa empat lembu berkenaan, terdapat beberapa penduduk lain yang turut serta membawa haiwan ternakan mereka itu untuk meragut rumput.
Menurutnya, sewaktu ribut itu melanda, wanita itu dan penduduk lain sedang berteduh di bawah pokok bersama lembu ternakan mereka.
Namun malang tidak berbau apabila petir kuat melanda dan membunuh tujuh ekor lembu itu.
Puttha berkata, dia sedih dengan kejadian itu kerana kematian empat ekor lembunya adalah satu kehilangan besar kepada keluarganya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
